Wednesday 2 April 2014

Sejarah Sekolah



Sekolah ini telah dibuka pada 1 Januari 2002 dengan menumpang sementara di SMK Muadzam Shah sehingga 17 April 2002.

Pada awal penubuhan, sekolah ini mempunyai 6 kelas pembelajaran dengan jumlah pelajar seramai 199 orang(Tingkatan 1 dan 2 sahaja) dan guru seramai 11 orang serta 2 orang staf sokongan. Sebulan selepas itu staf sokongan bertambah seorang lagi. Pada masa itu, sekolah ini tidak mempunyai pengetua dan hanya En. Ahmad Lotfi bin Zubir(Guru Penolong Kanan 1) memangku pengetua, En. Ariffin bin Tahir(Guru Penolong Kanan HEM) dan En. Zulkephli bin Mohamad(Guru Penolong Kanan Kokurikulum).

Pada 18 April 2002 sekolah ini mula menggunakan bangunan baru(bangunan sekarang). Bangunan ini mempunyai 3 blok bangunan 3 tingkat yang terdiri daripada blok Pentadbiran(Blok A), Blok Bilik Darjah(Blok B), Blok Makmal dan Kemahiran Hidup, Makmal Bahasa(Blok C), Kantin Sekolah, Surau dan Padang Permainan. Bilangan bilik darjah ialah 36 buah. Keluasan tapak sekolah ini ialah 10.522 hektar(26 ekar).

Pada Jun 2002, pelajar semakin bertambah kerana kemasukkan pelajar tingkatan 4(2 kelas - 29 orang) daripada SMK Muadzam Shah. Manakala pelajar tingkatan 1(3 kelas - 114 orang), pelajar tingkatan 2(3 kelas - 86 orang). Jumlah kesemuanya ialan 243 orang.

Logo sekolah telah dicipta oleh Puan Razmah binti Hamsah dengan 4 warna asas iaitu kuning, hijau, merah dan biru dengan motto ILMU PENYULUH BUDI dan mula diluluskan untuk digunapakai pada 07 Mac 2002. Lagu sekolah pula dicipta oleh En. Ahmad Lotfi bin Zubir(Guru Penolong Kanan 1).

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Kho Lai Heng. Beliau mula bertugas pada 01 Januari 2004 sehingga 01 September 2004. Pengetua kedua ialah Pn. Tan Deh Hua yang mula bertugas pada 01 September 2004 sehingga beliau bersara pada 19 November 2005. Pengetua ketiga sekolah ini ialah Pn. Hajah Hasiah binti Wan Ali, mula bertugas pada 01 Disember 2005 sehingga 01 Ogos 2006. Pengetua keempat iaitu Puan Hajah Zahrah binti A. Hamid mula bertugas pada 01 Ogos 2006 sehingga sekarang.

Pada tahun 2009, banyak perubahan telah berlaku dengan bilangan pelajar seramai 824 orang dengan bilangan kelas sebanyak 29 buah. Guru semakin bertambah iaitu seramai 60 orang dan staf sokongan seramai 9 orang.

Bangunan dewan baru sekolah telah siap dibina dan telah diserahkan pada 19 Mei 2009. Dewan ini diberi nama Dewan Al-Biruni. Majlis pertama di dewan tersebut ialah Majlis Solat Hajat pada 28 Mei 2009.

Terdapat empat buah sekolah menengah dan tiga buah sekolah rendah berhampiran dengan SMK Muadzam Jaya iaitu SMK Agama Pahang, SMK Muadzam Shah, SM Teknik Muadzam, Maktab Rendah Sains Mara, SK Muadzam Jaya, SK Muadzam Shah dan SK Bukit Ridan.

Ikrar Guru

Bahawasanya kami Guru Negara Malaysia dengan ini berikrar:

1. Mendukung terus cita-cita kami terhadap tugas dan menyatakan keyakinan kami kepada cita-cita murni pekerjaan kami.

2. Kami besedia berbakti kepada masyarakat dan negara kami.

3. Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara kami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara setiap masa.

Falsafah Sekolah

1. Sesungguhnya semua guru di SMKMJ berpotensi dan berwibawa untuk memberikan pendidikan yang cemerlang dari segi akademik, Ko-kurikulum dan sahsiah.

2. Sesungguhnya semua pelajar di sekolah ini berpotensi menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang boleh diperkembangkan oleh guru mereka mengikut pendekatan pelajaran yang sesuai dengan latar belakang dan kemampuan mereka.

3. Sesungguhnya sekolah ini dapat melahirkan insan yang berilmu dan berwawasan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

4. Sesungguhnya semua yang dilafazkan ini selaras dengan kehendak RUKUN NEGARA dan DASAR PELAJARAN MALAYSIA.

Visi dan Misi

Visi Sekolah
Menjelang 2016 SMK Muadzam Jaya Menjadi Sekolah Cemerlang Peringkat Rompin PERINGKAT ROMPIN

Misi Sekolah
Untuk Memberi Pendidikan yang seimbang Dari Segi Rohani, Jasmani, Emosi dan Intelek Melalui Pendidikan Yang Cemerlang Bagi Melahirkan Insan Cemerlang

Moto Sekolah
Ilmu Penyuluh Budi

Objektif Sekolah

1. Meningkatkan pencapaian akademik keperingkat yang lebih cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti supaya dapat:
# Melahirkan pelajar yang cintakan ilmu.
# Memupuk semangat daya saing di kalangan pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.
# Melahirkan pelajar-pelajar yang peka akan arus perkembangan dan pendidikan secara global dan bertaraf dunia.

2. Meningkatkan pencapaian optima pelajar dalam bidang Ko-kurikulum supaya dapat:
# Meningkatkan kecemerlangan pelajar di bidang sukan.
# Melahirkan pelajar yang berketrampilan serta mempunyai sifat kepimpinan melalui aktiviti-aktiviti Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform.
# Melahirkan pelajar-pelajar yang aktif, kreatif dan inovatif.

3. Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang terpuji:
# Membentuk pelajar yang berakhlak dan berdisplin.
# Memupuk semangat kekitaan dan kecintaan kepada sekolah.
# Menanam nilai saling hormat-menghormati sesama pelajar, guru, kakitangan sekolah, ibubapa dan masyarakat selaras nilai budaya masyarakat Malaysia.
# Memupuk sikap patuh kepada pegangan agama dan taat setia kepada negara.
# Mewujudkan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk perkembangan sahsiah yang sempurna.

4. Menempatkan SMKMJ ke tahap yang tinggi dan membanggakan serta mendapat kepercayaan masyarakat.

Piagam Pelanggan

Bahawasanya kami warga SMKMJ dengan penuh tekad dan iltizam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kami dengan:-

1. Memberikan perkhidmatan yang mesra dan saksama.

2. Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas,menarik dan berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM.

3. Memberikan bimbingan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan kepimpinan.

4. Membentuk potensi, bakat dan kemahiran pelajar melalui kegiatan ko- kurikulum.

5. Menyediakan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan kondusif untuk menjana minda.

6. Menerima pandangan dan saranan yang membina daripada semua pihak untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti.

Logo Sekolah

WARNA KUNING
Mendukung kedaulatan institusi beraja dan kesucian agama

WARNA HIJAU
Melambangkan kemakmuran dan keindahan alam sekitar bagi melestarikan persekitaran yang harmonis.

WARNA MERAH
Melambangkan keberanian dan semangat ingin maju dan berjaya di kalangan guru dan pelajar

WARNA BIRU
Perpaduan dan toleransi antara kaum di sekolah membentuk persepakatan bagi membina dan memajukan sekolah

Lagu Sekolah

ILMU PENYULUH BUDI
KAMI WARGA MUADZAM JAYA
BERIKRAR UNTUK TAAT SETIA
PADA AGAMA, NUSA DAN BANGSA
MENJUNJUNG TINGGI PERADABAN MULIA

MUADZAM JAYA YANG DISAYANGI
PADAMU KAMI RELA BERBAKTI
MENABUR JASA DAN BERJANJI
AKAN MENGHARUMKAN NAMAMU
TERUS DIHORMATI....
MEMARTABATKAN ILMU DAN BUDI
AGAR TERPANCAR PERIBADI TERPUJI

ILMU PENYULUH BUDIMAN JADI PANDUAN
SEMARAK OBOR PENERANG KEHIDUPAN
SIKAP BERHEMAH TETAP JADI PEGANGAN
TERUS CAPAI PUNCAK KEGEMILANGAN

HARAPAN IBU BAPA DAN GURU
TERPIKUL DI BAHU SELALU
TERSEMAILAH IMAN DAN TAQWA
MEMOHON DOA PADA YANG MAHA ESA
AGAR DIRAHMATI SENTIASA PADA KAMI SEMUA
WARGA MUADZAM JAYA

No comments:

Post a Comment